Sunday, April 29, 2012

Mirage

‎"Akhirnya Melayu gaduh dengan Melayu juga!"

Kalau bangsa dengan bangsa tidak boleh berbalah, tentu akhirnya Rasulullah SAW bersama Aisyah radhiyallahu 'anha duduk melihat orang Habsyah bermain pedang di laman masjid, manakala Abu Lahab aman bercucuk tanam dalam keamanan bangsa Arab, Quraish dan Bani Hashim. Abdullah bin Ubai pula tiap-tiap tahun mempengerusikan Mesyuarat Agung AJK Masjid Dhirar macam tak ada apa-apa yang berlaku.


Saturday, April 28, 2012

Jangkitan Nosokomial

Itulah dia
Yang tak peduli
Yang tak kesah
Akhirnya yang keluar kata
         


      " PERGI MAM ! "




Kau yang terpelajar . . .
Tolong buka mata . . .


Jangan disogok  
Halwa dunia
Permainan golongan
Yang memijak
Di atas sana

9

Penuh sawang
Laman sesawangku ini...

Fuhhhh ! ! !
Fuhhhh ! ! !

Alhamdulillah... BERSIH sedikit..

28/04/2012



BANGSAKU

Andai kata yang menindas dari kalangan kau
Mahukah kau biarkan ia melata
           Memapah
           Menyiat
Lalu
           Meratah tiap daging
           Hingga temulang
           Sampai TUJUH WARISMU??

Andai kata yang pergi hari ini
Ku anggap dia
Sedikit menebas semak samun kegilaan
Membentuk denai
Yang harus diteruskan
Hingga tercapai tujuan.

"Andai aku terkorban, perjuanganku tidak pernah gagal. 
  Ia hanya belum sampai waktu gemilangnya"